
Allah Peduli - Agnes Monica
Banyak perkara yang tak dapat Kumengerti
Mengapakah harus terjadi,
Di dalam kehidupan ini
Satu perkara yang kusimpan
Dalam hati
Tiada sesuatu kan terjadi,
Tanpa Allah peduli
Allah mengerti, Allah peduli
Segala persoalan yang kita hadapi
Tak akan pernah dibiarkannya
Kubergumul sendiri sbab Allah Mengerti
Dibukanya jalanku
Sbab Allah megerti
SHAH ALAM - Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) mengharamkan lagu Allah Peduli nyanyian penyanyi terkenal Indonesia, Agnes Monica kerana liriknya mengelirukan dan boleh memesongkan akidah.
Pengerusi MAIS, Datuk Mohamad Adzib Mohd. Isa menegaskan, ini kerana pihaknya berpendirian penggunaan kalimah Allah hanya untuk orang Islam sahaja.
Katanya, walaupun beliau belum pernah mendengar lagu penyanyi Indonesia yang beragama Kristian itu dan tidak pasti sekiranya ia ada diputarkan di negeri ini, namun hakikatnya lagu itu boleh diharamkan.
"Penggunaan kalimah Allah diwartakan di bawah Bahagian I Jadual kepada Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan dan Perkembangan Di Kalangan Orang Islam) 1988 sebagai perkataan yang tidak boleh digunakan oleh orang bukan Islam.
"Mana-mana orang bukan Islam yang menggunakan perkataan Allah dalam kitab agama atau penerbitan agama bukan Islam melakukan kesalahan dan boleh didakwa di bawah enakmen tersebut," katanya di sini semalam.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan beberapa laman blog yang mengecam dan mengutuk lagu penyanyi Indonesia itu yang kini popular dalam siri drama yang ditayangkan stesen televisyen popular.
haha..pasni korang wat la penilaian sendiri pasal lagu ni dengan lirik nyer..kalo boleh nilai gak la penyanyi lagu ni sekali..penilaian aku pasal penyanyi lagu die memang hot!!!..(gurau je) bagi aku kalo la majlis agama kate haram 2 haram la..tal payah nak pertikai lagi..diorang lagi tau