Mudharabah bererti perkongsian untung diantara peserta dan syarikat.
Nisbah ditentukan tetapi nilai tidak dapat ditentukan
Nisbah pembahagian untung bergantung kepada aqad yang telah dibuat
Contoh
Nisbah 80:20 atau 50:50 atas keuntungan diantara peserta dan syarikat
KONSEP MUDARABAH
a) Mudarabah bermaksud perkongsian untung.
b) Nisbah pembahagian bergantung persetujuan bersama dinyatakan dalam perjanjian/borang.
c) Nisbah untung dikongsi diantara anggota-anggota yang melabur dengan koperasi (60:40) atau sebagainya.
d) Mudarabah dikaitkan dengan pelaburan yang bersifat amanah dimana koperasi tidak wajib
( tidak dosa/salah) Jika tidak memberitahu dimana pelaburan dibuat.
e) Mudarabah berbeza dari Musyarakah ( Musyarakah bererti joint venture)- kedua-dua perlu tahu dimana pelaburan dibuat.
f) Mudarabah sebagai pengganti dividen atau kadar faedah/bunga.
g) Mudarabah dibenarkan oleh agama Islam.
h) Dalam mudarabah Nisbah ditentukan sementara nilai tidak ditentukan- ia bergantung kepada keuntungan.
i) Pembahagian secara mudarabah lebih adil.
j) Pengiraan mudarabah bermula dari tarikh sumbangan dibuat.
k) Pembayaraan mudarabah dibuat terus kepada anggota-anggota koperasi.
Mudarabah ialah satu bentuk perniagaan atau kontrak yang mana keduanya berkongsi keuntungan; bermakna dalam mudarabah , pemodal mendapat faedah daripada modalnya manakala pengusaha pula mendapat faedah daripada dayausahanya.
Golongan pengusaha saperti “koperasi” menikmati hak berikut dalam sistem mudarabah:
- Pengusaha berhak mendapat sebahagian daripada keuntungan kesan daripada usaha dan tenaganya.
- Ciri-ciri modal yang dipergunakannya ialah berbentuk amanah.Oleh itu ia akan hilang dalam perniagaan, dan tidak ada gantirugi yang akan dituntut daripadanya. Namun demikian koperasi akan memastikan ianya tidak berlaku demikian.