Tuesday, March 10, 2009

Hantu????









WORDSLEY - Seorang lelaki terkejut setelah dia merakam imej lembaga manusia yang dipercayai hantu ketika bercuti di utara England pada awal tahun ini, lapor sebuah akhbar semalam.

Lelaki itu, Colin Foster, 34, menceritakan kembali bahawa imej misteri itu dirakam dengan menggunakan kamera digital yang baru dibelinya ketika melancong di North Yorkshire.

Beliau tidak mengesan apa-apa yang luar biasa sehingga pulang ke rumah dan melakukan semakan semula gambar yang telah dirakamkan.

"Saya dan teman wanita saya sedang melihat gambar-gambar tersebut. Tiba-tiba, teman wanita saya menyahut berhenti dan merampas kamera itu," kata Colin.

"Teman wanita saya menyuruh saya membesarkan fokus pada satu bahagian gambar.

"Imej misteri itu pada awalnya tidak dapat dilihat dan semakin jelas setelah diperbesarkan. Kami tergamam dan memandang antara satu sama lain (apabila melihatnya)," ujarnya.

Sementara itu, anggota Persatuan Paranormal British, Nick Thurston berkata, imej yang dirakamkan itu jelas dan ia dianggap satu penjelmaan roh dalam bentuk manusia. - Agensi

-KERATAN KOSMO-

aku tetarik betul dengan satu keratan kosmo 10/3/09 ni..cite sorang mamat kat Wordsley ni dengan tak sengaja tertangkap gambar hantu pakai kamera digital dia jer..bagi aku mamat ni betuah jugak la..kalo tak mst muke die tak kuar kosmo ary nie, paling tak pon cume masuk paper kat negara die je..2 pon susah agk nyer..hahaha...balik pasal cter hantu 2..boleh ke hantu ni kte tangkap gambar die pakai kamera. kalo macam boleh la jadikan hantu 2 sebagai model suar dalam kan...coz hantu 2 pon aku tegok macam tak pakai pape.hahaha..mst pasni orang tak nak pakai suar dalam coz model suar dalam 2 hantu kan..

balik pasal citer hantu 2, sekarang ni banyak betul orang nak tangkap gambar hantu ni, and sebab hantu ni rase die da glamor gak die pon slalu la muncul kat kamera orang yang nak tangkap gambar die..kerap sangat gambar hantu ni kuar kat mane2 blog or web page. tak tau la kalo gambar 2 betul or diorg edit pakai fotoshop ke,yela..zaman da maju...org da tak nak tangkap hantu..dapat tangkap gambar hantu jadi la kan..wat kenangan kan..

urm..pasal gambar kat atas ni..macam betul la sangat kan..pocong i kan antu melayu, pesal kacau orang cine lak kan...hahaha...kire kalo antu cine die kuar kat camera orang melayu la kan...memilih betul hantu2 ni kan..urm...aku tak le la nak komen sangat pasal hantu ni,coz aku pon takut gak ngan hantu..hahaha...tapi korang pikir la sndiri pasal gambar2 hantu orang tangkap or pas korang tengok video entiti endon ker

Sunday, March 8, 2009

HOW ALTANTUYA KILL

Berdasarkn pakar Penyiasatan Antarabangsa tentang Kes Altantuya.



Shaaribu Setev adalah seorang lelaki yang kecewa dan marah. Namun disebalik wajah sedih lelaki Mongolia ini tersimpan semangat yang tinggi. Duduk di sebuah sofa di lobi sebuah hotel di Ulaan Battar sambil bergetar menahan angin beku yang bertiup, dia lelaki berumur 60 tahun itu bersiap sedia untuk melawan. Raut parasnya dibentuk dari segala penderitaan dan iklim yang melampau, dan renungannya yang dalam menceritakan s
emuanya.


“Anak perempuan saya dibunuh oleh orang Malaysia di bumi Malaysia. Namun mereka langsung tidak memohon maaf,” katanya yang juga seorang professo
r psikologi di Universiti Kebangsaan Mongolia.


Pembunuhan anak perempuannya, Altantuya S
haaribu, berlaku pada bulan Oktober 2006. Ini adalah jenayah bunuh yang berbeza dari yang lain berlaku di sebuah rantau di mana konflik-konflik perniagaan atau pertelingkahan politik yang remeh diselesaikan dengan muncung pistol. Segala yang berkaitan dengan kes ini, yang bermula pada tahun 2002 apabila syarikat Perancis-Sepanyol Armaris mencapai persetujuan untuk menjual tiga buah kapal selam kepada kerajaan Malaysia dengan harga satu bilion Euro, adalah luar dari kebiasaan. Kesan “kes Altantuya” ini di Perancis, Malaysia dan Mongolia belum lagi mencapai klimaknya. Pembunuhan gadis Mongolia berusia 28 tahun itu adalah akibat dari “komisen” berharga 114 juta daripada Armasi kepada rakan niaganya di Malaysia. “Komisyen” ini yang diakui oleh kerajaan Malaysia di dalam Parlimen di Kuala Lumpur, telah mencetus beberapa siri peristiwa yang membawa kepada pembunuhan Altantuya dan kehilangan beberapa orang saksi penting di dalam kes itu.


Sebuah laporan dari polis Malaysia, yang masih disimpan secara rahsia sehingga sekarang, mendedahkan secara terperinci bagaima
na perempuan muda yang tergolong dalam golongan atasan Asia itu dibunuh. Di dalam dokumen tersebut, salah seorang pembunuhnya, seorang anggota polis dari Cawangan Khas bernama Sirul Omar, menjawab soalan-soalan yang ditanya oleh seorang pegawai di sebuah stesen polis yang berdekatan dengan tempat pembunuhan.







Salah satu aspek yang kabur di dalam kes Altantuya ini adalah peranan syarikat Armaris. Pada Oktober 2007, Timbalan Menteri Pertahanan, Zainal Abidin Zin, mengakui di hadapan Parlimen bahawa Armaris telah membayar sebanyak 114 juta Euro sebagai komisyen kepada Perimekar. Dia menegaskan bahawa bayaran itu bulan rasuah tetapi adalah untuk “perkhidmatan-perkhidmatan sokongan dan koordinasi.” Adakah terdapat korupsi di dalam kes kapal Taiwan di mana DCNS French dikaitkan juga? DCNS, adalah syarikat swasta dengan dana awam, telah menolak permintaan kami untuk mengadakan pertemuan. ‘Tiada siapa yang boleh memberi komen terhadap kes itu,” jawab pegawai perhubungan awam DCNS di Paris. Sebuah dokumen, yang boleh menghubungkan antara Altantuya dan syarikat Perancis itu adalah surat jaminan yang ditulis oleh Abdul Razak Baginda supaya perempuan simpanannya itu dapat memohon visa untuk memasuki zon Schengen (Perancis adalah Negara ahli). Kedutaan Perancis tidak boleh menolak permintaan seorang lelaki yang telah dianugerahkan dengan Legion d’Honneaur itu. Tetapi peranan Altantuya di dalam perundingan kapal selam itu masih lagi belum jelas. Agensi-agensi perisikan mendapati latar belakangnya menarik dan FSB Rusia (ex-KGB) memantau secara dekat kes ini.


Di Ulaan Baatar, Mungunshagai, anak lelaki sulung Altantuya, yang berumur 12 tahun, mengalami trauma dengan kematian emaknya. Altanshagai, anak bongsu, yang berumur 5 tahun dan terencat akal, tidak dapat memahami bahawa dia tidak akan bertemu ibunya lagi. “Dia selalu bertanya tentang ibunya dan dia sepanjang hari meniarap di atas kerusinya. Setiap malam, saya akan memberinya gula-gula dan mengatakan bahawa ibunya memberikan kepada saya untuk diberikan kepadanya”, ujar Shaaribuu Setev, datuk kepada dua dua orang budak lelaki itu. Tentang baginda pula, dia sekarang menetap di United Kingdom dengan keluarganya. Dia tidak sekalipun pernah melafaz sepatah kata penyesalan terhadap kematian seseorang yang pernah berkongsi hidup dengannya selama dua tahun.


Arnaud Dubus (di Kuala Lumpur, Ulaan Baataar dan Paris)