Saturday, April 25, 2009

selagor menang lagi


Selangor menang lagi ke atas kelantan dengan agregat 4-1 melalui penentuan sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan seri 1-1 selepas tamat 120 minit pemainan,hasilnya penentuan sepakan penalti memihak pada Selangor selepas Indra Putra dan Ahmad Ezrie Shafizie gagal menyepak tepat bola sepakan penatil kedalam gol..hahahaha..asshole.. yang lagi best selangor menang untuk final piala FA, kat depan lebih 40ribu penyokong Selangor and lebih 40 penyokong Kelantan..macam man ae ringkasan game malam td?? Bagi aku la, diorang main kire ok la..game seimbang, tak la bosan sgt fan kan. Bagi aku Amri Yahya mlm td memang best, control ball die mmg ok and lebih kreatif la dari player lain..walaupun game agak rancak dengan kedua-dua team cube menyerang tapi yang tak best kurang penyudah diorang tak ade, Safee Sali yang bape kali menbazirkan peluang depan gol, free kick yang ntah pape, counter attack yang tak laju lansung, skill yang tak bape best, kurang idea..isk3..standard player Malaysia kan..ok la 2 dari tak de lansung..

Tahniah la tok team Selangor, mcm pas korang menang tu korang ade 15ribu ringgit Malaysia kat poket kan. 2 komen dari aku tok team Selangor, tok team Kelantan malas la nk cter, bukan menang pon.hahhahahahaha.....


Cerita atas padang Selangor menang. Tapi fan Kelantan yang baru kempunan piala yang diorang tunggu2 sejak piala FA ditubuh kan,ada diantara penyokong Kelantan gagal mengawal emosi mereka (bahasa baik) mule la mengeluarkan kata-kata kesat, maki hamun, hahahaha...fuck off..ingat orang Selangor nak layan korang ke, tekinja-kinja atas kereta maki orang, nk kata kan 2 psikologi pasukan yang da kalah tak rupe psikologi, aku pun ade gak dengar suara-suara sumbang and sikit maki hamun bile start keluar dari stadium tapi takat 2 je la diorang boleh buat, bendera yang masih bekibar malam 2 tetap bendera Selangor not Kelantan. Hehehehhehe...

Tuesday, April 7, 2009

kesah pontianak


Pada suatu malam 3 ekor pontianak sedang bertenggek di atas pokok
> >
> > sambil bergaduh tentang kehebatan masing-masing. Ketiga-tiga mengaku diri
> > mereka hebat. Untuk menentukan siapa paling hebat, mereka pun cuba
> > membuktikan kehebatan masing-masing.
> >
> > Pontianak A terbang dengan sepantas kilat. 15 saat kemudian balik semula
> > ke pokok tersebut. Kelihatan ada kesan-kesan darah di sekitar gigi
> > Pontianak A.
> >
> > Pontianak A : Kau orang nampak rumah tu?
> > Pontianak B : Nampak!
> > Pontianak C : Nampak!
> > Pontianak A : Satu rumah tu habis aku kerjakan.
> >
> > Pontianak B pula terbang lebih pantas dari Pontianak A. 10 saat kemudian
> > balik semula ke pokok tersebeut. Kelihatan ada darah bukan setakat pada
> > gigi, malah pada keseluruhan mulut pontianak tersebut.
> >
> > Pontianak B : Kau orang nampak kampung tu?
> > Pontianak A : Nampak!
> > Pontianak C : Nampak!
> > Pontianak B : Habis satu kampung tu aku kerjakan.
> >
> > Sejurus lepas itu Pontianak C pula terbang lebih pantas dari Pontianak A
> > dan B. Dalam masa 5 saat je dia kembali ke pokok tersebut. Kelihatan
> > darah
> > mengalir-ngalir bukan sahaja pada mulut, malah pada keseluruhan muka
> > pontianak tersebut.
> >
> > Pontianak C : Kau orang nampak tembok kat hujung sana tu?
> > Pontianak A : Nampak!
> > Pontianak B : Nampak!
> > Pontianak C : Err... tadi aku tak nampak...
> >
> >



> > uwahahahahaa...

Monday, April 6, 2009

papa jahat


lelaki 1 : ayang line macam clear je yang, da boleh sangat la ni
awek 2 : line clear pe, tak de dinding pon tempat nie, t orang nmpk la..
lelaki 1 : ala...tak de orang la kat sini, lagi pon niat kite kan baik..ape salahnyer...
awek 2 : yela..tok sayang i bg ape je...

6 bulan kemudian.......

awek 2 : sayang i ade satu berita baik and satu berita buruk. mane satu yg u nak dgr dlu??
lelaki 1 : yang baik la dulu.u menang loteri ke??
awek 2 : berita baiknyer i da pregnant anak u 5bulan
lelaki 1 : baiknyer............berita buruk lak...
awek 2 : i nmpk gambar kite becucuk tanam kat intenet...
lelaki 1 : what the f**k....mane leh dpt gambar 2??
awek 2 : mane i tau,u la..tak cover line..u tau kan..i ni hot..ramai reporter kejar nk mek gambar i
lelaki 1 : hot??? perut boroi...muke cam tapir..ngaku diri hot plak
awek 2 : u ni...sampai aty...dlu u kate muke i mcm maria ozawa..sekarang tapir u kate i..ape ni?
lelaki 1 : da memang macam tapir pon..da la boroi..
awek 2 : boroi ni sebab i bawak anak u la laknat!!!!
lelaki 1 : anak aku..pe bukti..tak de rupe mcm aku pon..rupe ko de la..
awek 2 : memang la muke len tapi warne kulit mcm u la..
lelaki 1 : ala..i tak de duit nk tanggungjawab..kalo nak idup susah ikut la i g..
awek 2 : tak pe i sanggup...
lelaki 1 : aku tak sanggup...ko sape??aku tak knl ko pon..
awek 2 : ??????
lelaki 1 : k la..i nak g makan kambing bye...
awek 2 : wah..!!!! papa jahat!!!!


dialog diatas adalah rekaan semata-mata dan tiada kaetan dengan sesiapa pon...kalo ade sikit yang same 2 nasib la..bukan salah aku..salah tangan aku yang taip..urm...kes mcm ni aku rase da penah tejadi...cume kite telepas pandang or wat tak tau je coz kite pon wat benda yang same..cume tak jadi mcm kes kat atas la..2 kre nasib baik je la kalo tak jadi mcm kat ats..kire mcm ade peluang lagi la nak insaf kan diri 2 banyak2...

kalo da jadi macam ni..bile laki tersebut tidak mahu bertanggung jawab...sape lak kne bertanggung jawab..mungkin kte blh pakse laki 2 tanggungjawab..macam mane kalo laki 2 lari jauh2 kat hujung dunia..tak pon laki 2 da kompem memang tak gune and tak le betanggung jawab..macam mane???

da kire pasni ni jadi la kes susah kan family..menconteng arang batu dimuke family...kecia family die..elok2 bapak minah ni nak lepak2 pas pencen kat mapleh kuning sambil main dam tepakse lak jage anak cucu yang baru lahir yang tak berbapa tersebut..nak dimakan bayi 2 die bukan haruan..nak dibuang, haiwan pon tak buang anak..kesimpulannyer?????????????????

Thursday, March 26, 2009



KERATAN KOSMO



KUALA LUMPUR - Entah di mana silapnya, setelah 14 kali menjalani rawatan sedut lemak pada badan, Noraini Mohd. Ghazali, 30, menghembuskan nafas terakhir ketika mahu mendapatkan rawatan susulan di sebuah klinik di Jalan Lima, Ampang dekat sini semalam.


Menurut doktor yang merawatnya, pengarah urusan syarikat membekal peralatan makmal itu telah muntah sebanyak tiga kali sebaik sahaja disuntik ubat pelali dan usaha menyelamatkannya selama 40 minit gagal.

Kakak angkat mangsa, Misha Abu Bakar, 46, berkata, kejadian yang berlaku amat mengejutkan kerana ketika itu dia sedang menunggu di tingkat bawah klinik tersebut.

Menurut Misha, dia berasa pelik kerana perlu menunggu selama hampir empat jam dari pukul 1 tengah hari sedangkan pengalamannya menemani adik angkatnya itu mendapatkan rawatan sebelum ini tidak pernah melebihi satu jam.

"Sekitar pukul 5 petang, saya kemudian melihat beberapa jururawat turun naik dalam keadaan cemas sehinggalah saya mendesak mereka memberitahu apa yang berlaku.

"Mereka hanya meminta saya bertenang dengan alasan rawatan masih berjalan sebelum saya diminta naik ke bilik rawatan kerana doktor mahu berjumpa,'' katanya.


ni cter best yg aku bace kat kosmo pagi ni selain cite pasal Gerard sambung kontrak die ngan Liverpool...hahahaha...kecian aku kat minah ni..tak pasal-pasal KO sebab nak cantik..nak buat mcm mane kan..da ajal die, tapi pelik la..macam mane leh mati sebab nak buang lemak..telebih buang kot..hahaha...aku de gak bace artikel pasal nak buang lemak nie..




Laser Lypolisis

Plastik, Rekonstruktif dan Kosmetik, D
M.Nasir Zahari, Kaedah Laser Lypolis
adalah satu proses memecahkan lem
secara menggunakan laser.
“Dalam rawatan ini kita
menggunakan teknik cahaya dan
gelombang tertentu untuk memecahk
lemak yang terdapat pada bahagian
tertentu badan. Caranya juga cukup
mudah dan ringkas berbanding rawat
sedut lemak yang terdahulu,” jelas Dr
Nasir.
Katanya lagi, kaedah ini tidak
memerlukan pembedahan ataupun
torehan pada mana-mana anggota
tubuh.
“Kita hanya akan masukkan
tiub pada bahagian tubuh yang
mempunyai lemak berlebihan untuk
proses pemecahan lemak. Berbeza
dengan kaedah rawatan sedut lemak
seperti liposuction yang mana lemak
tersebut akan dikeluarkan oleh mesin
melalui kaedah ini, lemak yang telah
dipecahkan akan keluar melalui air
kencing."




Kelebihan Laser Lypolisis

Menurut Dr. Nasir, kaedah ini
mempunyai beberapa kebaikan atau
kelebihan berbanding rawatan sedut
lemak yang lain. Antaranya:

• Ia membolehkan proses
membuang lemak di
kawasan-kawasan yang
suatu ketika dahulu
mustahil untuk dilakukan.

• Kurang risiko untuk
mengganggu bahagian yang
lain. Dengan erti kata lain
kaedah ini dapat mengawal
atau mengurangkan kerosakan
yang mungkin berlaku
terutama pada salur darah.
Dengan itu penggunaan kaedah
rawatan ini bukan sahaja
akan mengurangkan bengkak
yang dialami akibat proses




Kesan rawatan

Dr. Nasir memberitahu bahawa
proses rawatan di klinik (untuk
memasukkan tiub dan ubat) adalah
bergantung kepada bahagian tubuh
yang mana proses itu dijalankan.
Misalnya bahagian perut biasanya
mengambil masa lebih kurang satu
jam.
Hasil dan kesan rawatan juga
mengambil sedikit masa untuk dilihat.
“Ini disebabkan proses pemecahan
lemak mengambil sedikit masa.
Bagaimanapun dalam masa lebih
kurang enam minggu kita sudah boleh
melihat kesan akhirnya. Namun untuk
mendapatkan hasil yang betul-betul
sempurna memerlukan masa lebih
kurang tiga bulan.”
Tambahnya lagi, biarpun begitu,
rawatan susulan dari semasa ke
semasa perlu bagi mendapatkan
kesan yang betul-betul sempurna dan
memuaskan. Bagaimanapun jelasnya
untuk mencepatkan proses, seseorang
itu boleh memilih untuk menggunakan
kaedah campuran, iaitu kaedah laser
untuk memecah lemak dan kemudian
menyedut lemak keluar.

pas aku bace kaedah and cara nak sedut lemak ni macam tak bahaya kan... tapi mcm mn leh wat orang sampai mati nie..hehehe.....maybe nak bagi pengajaran kat orang, jangan la jadi pemalas nak besenam, tak adil la..aku senam sehari 10jam semata-mata nak kurang kan lemak, orang len lak senang-senang ade duet sebut lemak diorang...hahaha...so kesimpulan nyer korang pikir la dlu ae sebelum nak sedut2 lemak..kang temati tak sempat nak slim...hahahaha

Friday, March 13, 2009

Allah peduli


Allah Peduli - Agnes Monica


Banyak perkara yang tak dapat Kumengerti

Mengapakah harus terjadi,

Di dalam kehidupan ini


Satu perkara yang kusimpan

Dalam hati

Tiada sesuatu kan terjadi,

Tanpa Allah peduli


Allah mengerti, Allah peduli

Segala persoalan yang kita hadapi

Tak akan pernah dibiarkannya

Kubergumul sendiri sbab Allah Mengerti


Dibukanya jalanku

Sbab Allah megerti



citer pasal lagu ni kan...tak banyak yang menarik, best lagi lagu raihan yang aku banyak dengar mase kecik2...haha...tapi yang best lagu ni boleh wat kite pening skit and keliru pasal maksud lagu nie...huhu...aku pon masih pening nak paham maksud dalam lagu ni..kat bawah ni ade lirik lagu ni..try test korang tengok..ok tak lagu ni..kalo ok,ok la..tapi bagi aku tak ok..tak la best sgt lagu 2,agnes ni bkn orang islam kan..nyanyi lagu yang ade kalimah Allah pasni dengan lirik yang mengelirukan..aku pon due ary pening dengar lirik die..hahahahaha....




KERATAN KOSMO

SHAH ALAM - Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) mengharamkan lagu Allah Peduli nyanyian penyanyi terkenal Indonesia, Agnes Monica kerana liriknya mengelirukan dan boleh memesongkan akidah.

Pengerusi MAIS, Datuk Mohamad Adzib Mohd. Isa menegaskan, ini kerana pihaknya berpendirian penggunaan kalimah Allah hanya untuk orang Islam sahaja.

Katanya, walaupun beliau belum pernah mendengar lagu penyanyi Indonesia yang beragama Kristian itu dan tidak pasti sekiranya ia ada diputarkan di negeri ini, namun hakikatnya lagu itu boleh diharamkan.

"Penggunaan kalimah Allah diwartakan di bawah Bahagian I Jadual kepada Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan dan Perkembangan Di Kalangan Orang Islam) 1988 sebagai perkataan yang tidak boleh digunakan oleh orang bukan Islam.

"Mana-mana orang bukan Islam yang menggunakan perkataan Allah dalam kitab agama atau penerbitan agama bukan Islam melakukan kesalahan dan boleh didakwa di bawah enakmen tersebut," katanya di sini semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan beberapa laman blog yang mengecam dan mengutuk lagu penyanyi Indonesia itu yang kini popular dalam siri drama yang ditayangkan stesen televisyen popular.


haha..pasni korang wat la penilaian sendiri pasal lagu ni dengan lirik nyer..kalo boleh nilai gak la penyanyi lagu ni sekali..penilaian aku pasal penyanyi lagu die memang hot!!!..(gurau je) bagi aku kalo la majlis agama kate haram 2 haram la..tal payah nak pertikai lagi..diorang lagi tau



(PERHATIAN!!!! lagu ni untuk penilaian korang sahaja,bukan aku nk sebarkan k..)

Wednesday, March 11, 2009

Awek Vs Ibu

watak dalam dialog adalah rekaan semata-mata
Bersama awek===

Pian : I sanggup buat ape je untuk U sayang..

Awek : Betul?? I nk Ferrari bertatah berlian sayang, boleh tak U carik kan untuk I??

Pian : boleh sayang, esok pagi I poskan untuk U ae..

Awek : sayang...belakang I sakit, boleh U urut kan???

Pian : Bukan setakat belakang, satu badan pon boleh sayang...

Awek : sayang U rindu I tak??

Pian : I da 3ary mandi tak basah sayang...

Bersama Ibu===

Ibu : Pian angkat kain jemuran, hujan da turun...

Pian : ibu ni tak de kaki ke???

Ibu : Pian urut kan belakang ibu,sakit nak..

Pian : malas la..suruh la ayah

Ibu : pian lame tak balik..rindu ibu tak??ibu rindu pian...

Pian : ape rindu2 ni, ingat orang jiwang ke??

hahaha...mesti korang penah dengar kan dialog2 macam ni or korang pnh lafazkan pon tak kesah la pada awek korang atau pada ibu, ibu ngan awek mane satu korang rase lagi penting???jujur la korang mesti kate ibu..tapi ibu korang pikir ke korang penting kan die?? urm...itu biar para ibu la jawab kan..tapi faktanyer sekarang..korang buat tak ape yang korang buat untuk awek korang,korang buat gak kat ibu korang...tp jgn salah paham lak..bukan ape korang buat mcm gambar kat ats korang buat kat ibu korang tapi kebaikan yang korang buat untuk awek korang, korang buat tak kat ibu korang..




Beza ibu ngan awek


  1. awek korang tak menyusukan korang walaupun die bg isap ..hehehe..beza ngan ibu korang(lain la awek korang 2 mak orang gak)
  2. selalu ibu ngan awek mane satu kuat merajuk??(pikir la sendiri)
  3. kalo korang kne buli sape selalu kat depan korang bile ade ibu korang??pas2 kalo ngan awek lak macm mane??
  4. awek korang sanggup dukung korang tak untuk 9 bulan tak pun 9 minit??
kesimpulannyer kat sini hargai la ibu korang lebih dari korang hargai awek korang, ibu korang lagi penting dari awek korang..coz korang idup ngan ibu korang lagi lame dari korang idup ngan awek..2 tak masuk 9 bulan die dukung korang lagi...huhuhu


Tuesday, March 10, 2009

REMPIT



Apa itu rempit??kite same2 pikir ape benda rempit ni...ape yang aku tau golongan yang dinamakan rempit di Malaysia ni ialah golongan yang meminati motosikal dan menjadikan motosikal macam mainan diorang, mat rempit ni org kate(golongan diorg la..) ade yang baik dan ade yang nakal skit kot bahasa sopan die yang mane kalo golongan yang baik ni kire macam just minat motosikal la..diorang ni just minat bekumpulan bejalan-jalan carik makan pakai motosikal diorang pusing2 town and lepak pastu citer pasal motorsikal diorang, kebanyakan motosikal diorang agak lawa la mata memandang..sebab diorang ni lebihkan pasal accecory kat motorsikal diorang..manakala golonagan yang agak nakal lak ialah golongan yang suke naik motorsikal sambil men langgar side mirror kereta orang lain kat jalan raya dan bile jatuh driver kereta disalahkan coz side mirror keras sangat(betul ke??). kebanyakan golongan ni mempunyai 7nyawa macam kucing sebab 2 la diorang tak takut jatuh kat highway pas2 kene tanam(maty la..),oleh sebab demikian la mereka ni suke baik motorsikal kepala kat bawah badan kat atas.hahaha...gurau je..

golongan rempit ni juga mempunyai keje part time mereka sendiri pada waktu menjelang tengah malam iaitu memasuki GP Motosikal Malaysia dimana pelumbaan di belom di iktiraf oleh kerajaan Malaysia kerana beberapa sebab yang dirahsiakan tetapi ramai da tau, and korang pon tau kan sebab2 nyer..

hadiah yang ditawarkan bagi pemenang GP rempit ni agak lumayan gak sebab selain wang ringgit mereka juga disedia kan bini untuk semalam yang dikenali sebagai bohsia...hehe...tapi kadang2 je bohsia ni jadi hadiah sebab kene tengok pada stok bohsia ary 2 la..hahaha...walaupun tak de medal or trofi bagi pemenang GP rempit ni..bagi mereka bohsia 2 macam trofi la kot kan..
selepas penat melepaskan kudrat betarung atas highway mereka akan lepak kat maple dekat2 ngan tempat diorang race..lepaskan penat kan..dapat teh tarik secawan pon jadi la kan..makan sikit..hehe..


takde ke cara nak menangani rempit ni??? ramai orang tanyer soalan yang same..tapi macam2 gak la orang buat tuk menangani masalah rempit la..macam wat track utuk mat rempit..naik kan harga petrol dam macam2 lagi la..tapi mereka ni adalah golongan elit yang mempunyai identiti dan prinsip mereka sendiri..so bagi sesiapa or badan kerajaan yang becita-cita nak menangani isu rempit ni mesti bepikiran jauh kebelakang dari mat rempit ni..hahaha..

fakta best tentang rempit :
  1. jarang mat rempit race waktu siang
  2. nyawa mat rempit ade tujuh(kate diorang la)
  3. jarang pegi clumbing(membazir/tak mampu)
  4. motor bunyi mesti sampai boleh kejut orang bangun subuh
  5. jarang rempit ni gay
  6. dan banyak lagi....


Hantu????









WORDSLEY - Seorang lelaki terkejut setelah dia merakam imej lembaga manusia yang dipercayai hantu ketika bercuti di utara England pada awal tahun ini, lapor sebuah akhbar semalam.

Lelaki itu, Colin Foster, 34, menceritakan kembali bahawa imej misteri itu dirakam dengan menggunakan kamera digital yang baru dibelinya ketika melancong di North Yorkshire.

Beliau tidak mengesan apa-apa yang luar biasa sehingga pulang ke rumah dan melakukan semakan semula gambar yang telah dirakamkan.

"Saya dan teman wanita saya sedang melihat gambar-gambar tersebut. Tiba-tiba, teman wanita saya menyahut berhenti dan merampas kamera itu," kata Colin.

"Teman wanita saya menyuruh saya membesarkan fokus pada satu bahagian gambar.

"Imej misteri itu pada awalnya tidak dapat dilihat dan semakin jelas setelah diperbesarkan. Kami tergamam dan memandang antara satu sama lain (apabila melihatnya)," ujarnya.

Sementara itu, anggota Persatuan Paranormal British, Nick Thurston berkata, imej yang dirakamkan itu jelas dan ia dianggap satu penjelmaan roh dalam bentuk manusia. - Agensi

-KERATAN KOSMO-

aku tetarik betul dengan satu keratan kosmo 10/3/09 ni..cite sorang mamat kat Wordsley ni dengan tak sengaja tertangkap gambar hantu pakai kamera digital dia jer..bagi aku mamat ni betuah jugak la..kalo tak mst muke die tak kuar kosmo ary nie, paling tak pon cume masuk paper kat negara die je..2 pon susah agk nyer..hahaha...balik pasal cter hantu 2..boleh ke hantu ni kte tangkap gambar die pakai kamera. kalo macam boleh la jadikan hantu 2 sebagai model suar dalam kan...coz hantu 2 pon aku tegok macam tak pakai pape.hahaha..mst pasni orang tak nak pakai suar dalam coz model suar dalam 2 hantu kan..

balik pasal citer hantu 2, sekarang ni banyak betul orang nak tangkap gambar hantu ni, and sebab hantu ni rase die da glamor gak die pon slalu la muncul kat kamera orang yang nak tangkap gambar die..kerap sangat gambar hantu ni kuar kat mane2 blog or web page. tak tau la kalo gambar 2 betul or diorg edit pakai fotoshop ke,yela..zaman da maju...org da tak nak tangkap hantu..dapat tangkap gambar hantu jadi la kan..wat kenangan kan..

urm..pasal gambar kat atas ni..macam betul la sangat kan..pocong i kan antu melayu, pesal kacau orang cine lak kan...hahaha...kire kalo antu cine die kuar kat camera orang melayu la kan...memilih betul hantu2 ni kan..urm...aku tak le la nak komen sangat pasal hantu ni,coz aku pon takut gak ngan hantu..hahaha...tapi korang pikir la sndiri pasal gambar2 hantu orang tangkap or pas korang tengok video entiti endon ker

Sunday, March 8, 2009

HOW ALTANTUYA KILL

Berdasarkn pakar Penyiasatan Antarabangsa tentang Kes Altantuya.



Shaaribu Setev adalah seorang lelaki yang kecewa dan marah. Namun disebalik wajah sedih lelaki Mongolia ini tersimpan semangat yang tinggi. Duduk di sebuah sofa di lobi sebuah hotel di Ulaan Battar sambil bergetar menahan angin beku yang bertiup, dia lelaki berumur 60 tahun itu bersiap sedia untuk melawan. Raut parasnya dibentuk dari segala penderitaan dan iklim yang melampau, dan renungannya yang dalam menceritakan s
emuanya.


“Anak perempuan saya dibunuh oleh orang Malaysia di bumi Malaysia. Namun mereka langsung tidak memohon maaf,” katanya yang juga seorang professo
r psikologi di Universiti Kebangsaan Mongolia.


Pembunuhan anak perempuannya, Altantuya S
haaribu, berlaku pada bulan Oktober 2006. Ini adalah jenayah bunuh yang berbeza dari yang lain berlaku di sebuah rantau di mana konflik-konflik perniagaan atau pertelingkahan politik yang remeh diselesaikan dengan muncung pistol. Segala yang berkaitan dengan kes ini, yang bermula pada tahun 2002 apabila syarikat Perancis-Sepanyol Armaris mencapai persetujuan untuk menjual tiga buah kapal selam kepada kerajaan Malaysia dengan harga satu bilion Euro, adalah luar dari kebiasaan. Kesan “kes Altantuya” ini di Perancis, Malaysia dan Mongolia belum lagi mencapai klimaknya. Pembunuhan gadis Mongolia berusia 28 tahun itu adalah akibat dari “komisen” berharga 114 juta daripada Armasi kepada rakan niaganya di Malaysia. “Komisyen” ini yang diakui oleh kerajaan Malaysia di dalam Parlimen di Kuala Lumpur, telah mencetus beberapa siri peristiwa yang membawa kepada pembunuhan Altantuya dan kehilangan beberapa orang saksi penting di dalam kes itu.


Sebuah laporan dari polis Malaysia, yang masih disimpan secara rahsia sehingga sekarang, mendedahkan secara terperinci bagaima
na perempuan muda yang tergolong dalam golongan atasan Asia itu dibunuh. Di dalam dokumen tersebut, salah seorang pembunuhnya, seorang anggota polis dari Cawangan Khas bernama Sirul Omar, menjawab soalan-soalan yang ditanya oleh seorang pegawai di sebuah stesen polis yang berdekatan dengan tempat pembunuhan.







Salah satu aspek yang kabur di dalam kes Altantuya ini adalah peranan syarikat Armaris. Pada Oktober 2007, Timbalan Menteri Pertahanan, Zainal Abidin Zin, mengakui di hadapan Parlimen bahawa Armaris telah membayar sebanyak 114 juta Euro sebagai komisyen kepada Perimekar. Dia menegaskan bahawa bayaran itu bulan rasuah tetapi adalah untuk “perkhidmatan-perkhidmatan sokongan dan koordinasi.” Adakah terdapat korupsi di dalam kes kapal Taiwan di mana DCNS French dikaitkan juga? DCNS, adalah syarikat swasta dengan dana awam, telah menolak permintaan kami untuk mengadakan pertemuan. ‘Tiada siapa yang boleh memberi komen terhadap kes itu,” jawab pegawai perhubungan awam DCNS di Paris. Sebuah dokumen, yang boleh menghubungkan antara Altantuya dan syarikat Perancis itu adalah surat jaminan yang ditulis oleh Abdul Razak Baginda supaya perempuan simpanannya itu dapat memohon visa untuk memasuki zon Schengen (Perancis adalah Negara ahli). Kedutaan Perancis tidak boleh menolak permintaan seorang lelaki yang telah dianugerahkan dengan Legion d’Honneaur itu. Tetapi peranan Altantuya di dalam perundingan kapal selam itu masih lagi belum jelas. Agensi-agensi perisikan mendapati latar belakangnya menarik dan FSB Rusia (ex-KGB) memantau secara dekat kes ini.


Di Ulaan Baatar, Mungunshagai, anak lelaki sulung Altantuya, yang berumur 12 tahun, mengalami trauma dengan kematian emaknya. Altanshagai, anak bongsu, yang berumur 5 tahun dan terencat akal, tidak dapat memahami bahawa dia tidak akan bertemu ibunya lagi. “Dia selalu bertanya tentang ibunya dan dia sepanjang hari meniarap di atas kerusinya. Setiap malam, saya akan memberinya gula-gula dan mengatakan bahawa ibunya memberikan kepada saya untuk diberikan kepadanya”, ujar Shaaribuu Setev, datuk kepada dua dua orang budak lelaki itu. Tentang baginda pula, dia sekarang menetap di United Kingdom dengan keluarganya. Dia tidak sekalipun pernah melafaz sepatah kata penyesalan terhadap kematian seseorang yang pernah berkongsi hidup dengannya selama dua tahun.


Arnaud Dubus (di Kuala Lumpur, Ulaan Baataar dan Paris)





Saturday, March 7, 2009

arak oh arak


EDMUND ST. - Imej seorang pencuri yang dirakam menerusi kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan dia tidak memakai sebarang pakaian, lapor sebuah akhbar semalam.

Lelaki itu memecah masuk sebuah bar di Darwin, Australia kelmarin.

Seorang pengurus bar tiba pada waktu pagi dan mendapati seketul bata digunakan untuk memecahkan tingkap.

Kakitangan-kakitangan bar itu kemudian memeriksa rakaman CCTV dan mendapati seorang lelaki menceroboh masuk pada pukul 6 pagi waktu tempatan dan mula minum minuman keras.

Keganjilan mula berlaku apabila lelaki itu menanggalkan pakaian dan berjalan dalam bar.

Lelaki itu kemudian memegang pakaiannya dan berjalan keluar.

Polis kini melakukan siasatan berhubung kejadian pencerobohan bar itu.

KERATAN KOSMO

Pelik....2 la benda petama aku pikir pasal mamat ni, tak paham betul aku ape kaitan mencuri dengan tanggal sume pakaian, maybe nk carik publisiti kot..yela kalo die tak tanggal badan mesti cerita pasal mamat ni tak kuar kat kosmo kan.. paling kuat pon kuar kat paper negara die sebab die mencuri..hahaha...itu cume andaian aku jer..


tapi itu bukan apa yang aku nak cerita.. apa yang aku nak cerita ni ialah pasal apa yang akan jadi kat kite kalo kite mabuk sebab minum alkohol. Yela..aku tau sekarang ni alkohol makin top dan ade setengah org jadikan alkohol ni macam minuman ringan diorg jer.. bagi aku la kan banyak sangat keburukan minum alkohol ni and takde pon kebaikan..hahaha.. yela aku berapa taruh 50 ringgit aku kat poket ni kalo ade ornag leh bagi ape kebaikan minum alkohol ni kat peminumnyer.. aku yakin mst tak de..hahahahha....

Friday, March 6, 2009

Universities 1 to 100 of 100





CONTINENT RANK
UNIVERSITY
COUNTRY
WORLD RANK










































































































Universities 1 to 100 of 100

urm.....ni rangking universiti yg terbaik kat asia yg aku dpt carik...maybe ni la rangking yg paling latest...boleh la dibanggakan sebab Malaysia ade jugak tersenarai dalam rangking ni...tak niah buat Universiti Sains Malaysia sebab menjadi antara 100 universiti terbaik di Asia.tapi aku pikir kan.kenapa USM jer??..itu pon di rangking ke-98 terbaik di Asia,kire bahasa sopan die third last la kan..hehehehe.... mane lagi universiti lain yang gah dari bntuk name mcm uitm ker..rase2 uitm no bape kan??tak pe...t aku try carik no bape la universiti lain kat rangking asia and dunia nie..

TOP UNIVERSITI IN MALAYSIA

POSITION


WORLD RANK UNIVERSITY SIZE VISIBILITY RICH FILES SCHOLAR