Wednesday, August 18, 2010

HUKUM DERMA ORGAN DAN ANGGOTA BADAN LAIN

Keputusan lujnah fatwah

· Pemindahan atau pendermaan organ adalah haram dalam keadaan bukan darurat, manakala hukumnya harus dalam keadaan darurat.

Skop darurat

· Darurat yang mangharuskan memakan bangkai dan lain-lain.

· Darurat yang mengharuskan meminum minuman keras

· Darurat yang mengharuskan mengambil makanan kepunyaan orang lain

· Darurat yang mengharuskan memakan sebahagian dari organ badan sendiri menurut sesetengah ulama al-shafiiyy dan Shi’ah Zaydiyyah.

· Darurat yang mengharuskan berubat dengan sesuatu yang haram (arak) menurut sesetengah ulama Hanafiyy, al-Shafiiyy, dan Malikkiyy.

Garis panduan derma organ yang dikeluarkan Majlis Fatwa Kebangsaan

· Kebenaran diperoleh daripada ahli keluarga si mati.

· Pemindahan organ itu boleh dilakukan selepas tiada pilihan lain atau jalan akhir untuk menyelamatkan seseorang yang organnya tidak berfungsi

· Penderma atau pengikrar organ sudah disahkan meninggal dunia

· Tidak ada unsur perdagangan atau jual beli bagi organ itu

PANDANGAN ULAMA TERDAHULU TENTANG PENDERMAAN DAN PEMINDAHAN ORGAN

· Kebanyakan ulama dari mazhab empat, hanafiyy, Malikiyy, al-Shafiiyy dan Hanbaliyy tidak mengharuskan mengambil manfaat daripada mana-mana organ manusia kerana kehormatan

· Ulama Mazhab Hanbaliyy pula menegaskan orang yang berada dalam keadaan terpaksa tidak boleh memotong mana-mana organnya, untuk dimakan, kerana itu bererti merosakkan benda yang telah pasti wujud, demi mangjasilkan benda yang belum pasti wujud

· Ulama Mazhab al-Shafiiyy berpendapat Diharamkan juga kepada seseorang memotong sebahagian daging badannya untuk diberikan kepada orang-orang yang berada dalam keadaan terpaksa, kecuali jika yang terpaksa itu seorang Nabi

· Misalnya ulama Hanafiyy menyatakan tidak harus menjual rambut manusia dan mengambil manfaat daripadanya, kerana manusia adalah makhluk yang yang dimuliakan dan bukan bahan yang boleh dipersia-siakan.

· Ulama mazhab Malikiyy pula menyatakan tidak harus kepada organ yang terpaksa, memakan daging manusia yang telah mati, walaupun orang kafir, apalagi kalau simati itu orang islam. Kehormatan manusia tidak boleh diceroboh, kerana menyelamatken manusia lain

ORGAN YANG BOLEH DIDERMAKAN

  • BUAH PINGGANG
  • HATI
  • JANTUNG
  • MATA
  • PARU-PARU
  • MATA
  • TULANG
  • KULIT
  • DAN LAIN-LAIN LAGI

BILA OGRAN BOLEH DIAMBIL

  • organ penderma hanya boleh diambil selepas otak penderma disahkan mati oleh dua orang pakar.
  • penderma perlu meninggal dunia di hospital
  • jika meninggal di luar hospital, mata dan tulang masih boleh diderma dengan syarat pembedahan dilakukan dalam masa empat atau lima jam selepas meninggal.
  • Sekiranya meninggal di rumah, pendermaan mata masih boleh dijalankan. Pasukan doktor boleh datang ke rumah untuk melakukan pembedahan. Pembedahan akan dilakukan dengan berhati-hati dan tidak berdarah

Bagaimana organ dipindahkan ?

  • Proses pembedahan bagi pendermaan organ dan tisu akan dilakukan sekumpulan pakar bedah secara berhati-hati dalam keadaan yang steril sebagaimana pembedahan ke atas orang hidup. Sebagai manusia, mereka juga amat menghormati mayat.
  • Justeru itu mereka akan memastikan mayat masih dalam keadaan sempurna (tidak kudung) atau berubah bentuk. Pembedahan akan dibedah secermat mungkin sebagai mana pembedahan lain. Selepas organ dikeluarkan, luka akan dijahit semula dengan cermat dan sebaik mungkin.

Mendermakan organ kepada orang bukan muslim

  • Boleh mndermakan organ kepada org bkn islam kecuali org kafir harbi yang memerangi kaum muslim
  • Keutamaan diberikan kepada org muslim
  • Lebih utama organ didermakan kepada kaum kerabat sendiri

“…org2 yang mempunyai hubungan kerabat itu sebahagiannya lebih berhak terhadap sesamanya (drpd yang bkn kerabat ) di dalam kitab Allah…” (al-Anfal:75)

Bolehkah mewasiatkan organ tubuh setelah meninggal dunia?

  • Tidak dilarang menderma sebahagian organ setelah meninggal dunia
  • Dengan niat utk mendekati diri dan mencari keredhaan Allah,maka akan mndapat pahala dgn amalan dan niatnya
  • Mengambil organ tubuh mayat tidak bertentangan dgn ketetapan syara yang menyuruh menghormatinya

Batas hak Negara mengenai pengambilan organ badan

  • Apabila mayat tiada wali
  • Dalam keadaan darurat
  • Apabila mayat menpunyai wali wajib memohon kebenaran wali nya

Menggunakn organ org kafir kepada org muslim

  • Tidak dilarang menggunakan organ org kafir krpada org muslim
  • Organ badan tidak dilihat sebagai islam atau kafir

Penggunaan organ binatang yang najis

  • Pada dasarnya, hukumnya tidak pasti dan bergantung pada keadaan darurat
  • Nabi memperbolehkan menfaatkan sebahagian bangkai, maka boleh dimanfaatkan anggota binatang haram asl tidak dimakan

Tidak boleh menderma zakar

  • Dianggap sebagai pencampuran nasab yang dilarang oleh islam

KESIMPULAN

Kesimpulannya pendermaan dan pemindahan organ mempunyai kepentingannya kepada individu, masyarakat,negara,agama dan bidang perubatan di negara ini. Ia akan membentuk individu dan masyarakat yang sihat. Pesakit yang menerima organ dapat menjalani kehidupan yang normal, mempunyai tahap kesihatan yang stabil dan tenaga yang baik untuk kegunaan di masa depan dan seterusnya dapat memberi sumbangan penting pada negara di berbagai-bagai bidang kehidupan.

No comments: